Selasa, 22 Desember 2009

MEMBAIKPULIH MUKIM TAMOI

Majlis penyerahan Sijil Bantuan Kesiapan Membaikpulih Rumah bagi Kepunyaan AWANG ARIFFIN BIN HAJI BUDIMAN di Kampong Pengiran Bendahara Lama,Mukim Tamoi
Disempurnakan oleh Dato Peduka Awang Haji Md. Yussop bin Bakar, Pegawai Dearah Brunei dan Muara.

Disaksikan oleh Wakil Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Majlis Ugama Islam Brunei, Jawatan Pembangunan Masyarakat, Penghulu Mukim tamoi, Ketua Kampong Mukim tamoi dan penduduk kampong.

Selasa, 22 September 2009

suasana Hari Raya

Suasana Hari Raya Di Rumah Ketua Kampong Tamoi

Sabtu, 09 Mei 2009

MAJLIS PERLANCARAN KERJA GOTONG ROYONG










Ahad [10.05.09] - Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong mengadakan majlis Pelancaran Kerja Gotong Royong membina rumah baru Kepunyaan Dayang Naimah Binti Murah, Kampong Tamoi Ujong, Mukim Tamoi yang disempurnakan oleh Dato Paduka Awang Haji Md Yussop bin Bakar; Pegawai Daerah Brunei dan Muara.

Turut hadir di majlis pelancaran tersebut ialah Awang Haji Haris bin Haji Othman; Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Pengarah Haji Mokti bin Haji Mohd. Salleh; Penghulu Mukim Tamoi, Awang Tarip bin Haji Asgar; Ketua Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong selaku Pengerusi Majlis, Pegawai-Pegawai dari Jabatan Majlis Ugama Islam (MUIB), Pegawai-Pegawai Jabatan Pembangunan Masyarakat, Pegawai-Pegawai Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, ketua-ketua kampong di bawah Mukim Tamoi, Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong, Ahli Jawatankuasa Sukarelawan Bomba dan Penyelamat Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong, Jawatankuasa Takmir Masjid Tamoi dan Penduduk Kampong.

Projek pembinaan rumah tersebut menelan belanja lebih kurang tiga belas ribu ringgit ($13,000) hasil selenggaraan bersama:
- Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ($5,000)
- Jabatan Majlis Ugama Islam ($6, 400)
- Jabatan Pembangunan Masyarakat ($2,000)
- Jabatan Daerah Brunei dan Muara ( bantuan kewangan selebihnya melalui ‘Tabung Amal Jabatan’ )

Rabu, 29 April 2009

Latihan Mengawal Kebakaran Jika Berlaku Kebakaran MPK Tamoi Dan Belia-Belia-Belia Kampong Bersama Ahli Pasukan Bomba NBD




Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong dengan Kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Laut, Cawangan Operasi “D” menganjurkan latihan bagi Ahli-Ahli Skim Mencegah Kebakaran Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong bertempat di Kampong Tamoi Ujong pada 29 April. 2009 [ Rabu malam Khamis ]


Dengan kesungguhan dan kecekapan ahli-ahli skim melakukan praktikal mengendalikan alat pemadam api dan hos pemadam api, mereka dapat mengendalikan peralatan tersebut kurang daripada 4 minit.




Sebelum latihan tersebut diadakan, ABK 74. Marali bin Haji Ahmad, Pegawai Jabatan berkenaan telah memberikan taklimat serba ringkas mengenai perkara-perkara yang dilakukan semasa latihan tersebut.


Tujuan latihan tersebut diadakan untuk memberi kemahiran kepada para ahli skim dalam mengawal kebakaran sebelum datang bantuan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat. Di samping itu, menggalakan ahli skim melibatkan diri dalam perkara positif demi kesihatan fizikal dan mental.

Turut hadir menyaksikan latihan mencegah kebakaran tersebut ialah Ketua Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong iaitu Awang Tarip bin Haji Asgar, Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong dan penduduk kampong berkenaan.


Rabu, 04 Maret 2009

Majlis Dikir Maulud Nabi Muhammad S.A.W



Majlis berdikir di masjid-masjid dan balai-balai ibadah serte persedirian telah bermula selama 12 malam agi memperingati hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Hari Kebangssan Jubli Perak