Rabu, 29 April 2009

Latihan Mengawal Kebakaran Jika Berlaku Kebakaran MPK Tamoi Dan Belia-Belia-Belia Kampong Bersama Ahli Pasukan Bomba NBD




Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong dengan Kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Laut, Cawangan Operasi “D” menganjurkan latihan bagi Ahli-Ahli Skim Mencegah Kebakaran Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong bertempat di Kampong Tamoi Ujong pada 29 April. 2009 [ Rabu malam Khamis ]


Dengan kesungguhan dan kecekapan ahli-ahli skim melakukan praktikal mengendalikan alat pemadam api dan hos pemadam api, mereka dapat mengendalikan peralatan tersebut kurang daripada 4 minit.




Sebelum latihan tersebut diadakan, ABK 74. Marali bin Haji Ahmad, Pegawai Jabatan berkenaan telah memberikan taklimat serba ringkas mengenai perkara-perkara yang dilakukan semasa latihan tersebut.


Tujuan latihan tersebut diadakan untuk memberi kemahiran kepada para ahli skim dalam mengawal kebakaran sebelum datang bantuan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat. Di samping itu, menggalakan ahli skim melibatkan diri dalam perkara positif demi kesihatan fizikal dan mental.

Turut hadir menyaksikan latihan mencegah kebakaran tersebut ialah Ketua Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong iaitu Awang Tarip bin Haji Asgar, Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong dan penduduk kampong berkenaan.