Minggu, 23 November 2008

sambutan Hari Raya di rumah Pengerusi




belia kampong Tamoi berkunjung ke rumah
pengerusi sempena sambutan
Hari Raya.


Jumat, 14 November 2008

--------------PEMBUKA PINTU REZEKI------------
اَلْمَلِكُ
Allah memeng sudah memberikan setiap insan akan rezeki masing-masing, tetapi hanya membezakannya ialah bagaimana rezeki Allah berikan itu digunakan...jika salah caranya maka begitu mudahlah Allah memutuskannya sedikit demi sedikit disebabkan oleh perbuatan sendiri.
Dari itu Al-Malik, Maha Merajai. Mengatur kerajaan Nya swsuai dengan kehendakNya.
Faedah-faedah yang mengandugi keberkatandalam mengamalkan atau membaca nama Allah ini ialah:-
Sesiapa yang selalu menyebut
يَا مَلِكُ
Ya Malik, yakin bila-bila masa, maka dia akan dihormati dan menerima layanan yang sewajarnya dari orang lain dalam cara hidup Islam.
sesiapa yang menyebut ya malik sebanyak 121 kali setiap hari, yakin setelah terbit fajar atau setelah tergelincir mata hari, Insyallah dia kan dikayakan dengan sebab atau dengan pintu yang dibukakan Allah untuknya,,,(Pintu Rezeki Seluas-luasnya)

Senin, 08 September 2008

Datangnya Penuh Keberkatan, Ya Ramadan



Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Dibulan Yang Penuh Keberkatan, Semoga Semua Amal Kebajikan Kita Dilipat Gandakan Oleh Allah Subahanahu Wataala. Amin

Sabtu, 30 Agustus 2008

Membersihkan Tanah Perkuburan

Aktiviti ini adalah merupakan gabungan daripada Mahasiwa dan Mahasiwi Universiti Brunei Darussalam bersama MPK Tamoi. Pada 29hb Ogos 2008. Sedari jam 7.00 pagi orang kampung yang berdekatan bersama Mahasiwa dan Mahasiwi UBD bergabung tenaga membersihkan tanah perkuburan mengikut yang telah rancangkan,

Tidak ketinggalan turut serta Ketua Kampung Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong dan Penghulu Mukim Tamoi. Bagi Bersama-sama memantau dan membersihkan tahan perkuburan Alangan Besar.
Selesai sahaja pembersihan pada pagi itu, majlis bertahlil dan membaca doa arwah diteruskan pada kawasan tanah perkuburan itu juga. Setelah itu semua yang terlibat dalam acara berkebajikan ini beredar ke rumah ketua kampung bagi menikmati serba sedikit jamuan yang telah disediakan.
Semoga dengan usaha ini yang penuh kebajikan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T jua Amin....

Senin, 04 Agustus 2008

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ DI TAMOI

Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong, menganjurkan majlis sambutan Israk Mikraj di rumah Ketua Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong, Awang Tarip Hj Asgar.





Majlis merupakan salah satu projek tahunan Majlis Perundingan Kampong berkenaan.
Penceramah undangan majlis ialah Haji Yusof Haji Abdul Latip, Pegawai Jabatan Pusat Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.



Ceramah menyentuh mengenai balasan kebaikan dan dosa yang dilakukan di dunia di mana Nabi Muhammad SAW diperlihatkan satu gambaran simbolik mengenai satu kaum yang bercucuk tanam dan menuai hasilnya pada hari yang sama semasa perjalanan di malam Israk dan Mikraj. Setiap kali mereka menuai hasil itu, tanaman tadi tumbuh semula dan menghasilkan tanaman baru. Itulah golongan orang-orang yang berjihad di jalan Allah.





Beliau menjelaskan tujuan Allah Subahanahu Wata'ala menunjukkan kebesaranNya melalui Israk Mikraj jalan agar kita selalu mengingati mati, alam akhirat, dosa yang kita lakukan dan seterusnya menginsafi akan dosa-dosa yang lalu.



Turut hadir dalam majlis tersebut ialah penghulu Mukim Tamoi, Pengarah Haji Mokti Salleh, Ketua-ketua kampung di bawah Mukim Tamoi, Jawatankuasa MPK Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong serta penduduk kampung.

Sabtu, 02 Agustus 2008

Junjong Ziarah

Penduduk Mukim Tamoi berkumpul di kem no 26 dan 27 untuk junjung zairah ke hadapan Majlis Kebawah Dul Yang Maha Mulia Paduka Sei Begawan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena ulang tahun baginda yang ke 62 tahun





S

Selasa, 15 Juli 2008

RAJA BERDAULAT NEGARA BERKAT, DAULAT TUANKU


Kemeriahan dapat dirasakan seluruh rakyat dan penduduk bersempena Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sultan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam. Doa dipanjatkan semoga Duli Tuanku sihat walafiat kekal karal memerintah negara dengan adil dan bijaksana serta aman.



Raja payung negara, tempat rakyat beteduh, memastikan rakyat dan penduduk aman membuat perkara-perkara yang membawa kemajuan negara. Suasana kemeriahan Sambutan Hari Keputeraan Baginda Sultan Yang Ke 62 Tahun diserikan dengan perhiasan, lampu-lampu cucul dan gerbang-gerbang beberapa lorong jalan raya tersegam indah diwaktu malam terutama sekali kawasan persekitaran Bandar Seri Begawan.

Minggu, 13 Juli 2008

MPK TAMOI MENGENDALIKAN UPACARA MENAIKAN BENDERA

Pada 4 Julai 2008, Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong mengendalikan upacara Menaikkan dan mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam sempena sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Darussalam Darussalam yang ke 62 bagi Mukim Tamoi.


Upacara tersebut diadakan di rumah Awg Tarip bin Haji Asgar, Pemangku Penghulu Mukim Tamoi dan selaku Ketua Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong .

Upacara berkenaan dimulakan dengan bacaan Surah Al_Fatihah yang dipimpin oleh Awang Faizal bin Rosli, imam Masjid Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Mukim Tamoi.
Seterusnya ucapan alu-aluan dari Pengerusi upacara tersebut iaitu ketua kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong dan diikuti dengan ucapan dari Awang Rosdin bin Hj Abd. Aziz, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat 1, Institusi Penghulu Mukim dan Ketua Kampong, Jabatan Daerah Brunei dan Muara sebagai Tetamu Kehormat di upacara tersebut.

Perarakan masuk membawa bendera Negara Brunei Darussalam yang terdiri dari 14 orang belia dari Mukim Tamoi sejurus selepas ucapan dari tetamu kehormat. Seterusnya tetamu kehormat menyerahkan bendera besar kepada 4 orang belia yang ditugaskan untuk menaikkan bendera tersebut.

Semasa bendera kebangsan dinaikan, lagu “Allah Peliharakan Sultan” dan “ Berkibarlah Bendera ' yang dinyanyikan oleh murid-murid Sekolah Rendah Haji Tarif, Brunei I yang dipimpin Cikgu Noorhazlina binti Tarip seramai 20 orang.


Turut hadir diupacara tersebut ialah Penghulu Mukim Tamoi, Pengarah Haji Mukti bin Hj Md Salleh, Ketua-ketua Kampong di bawah Mukim Tamoi, Guru-Guru Besar Sekolah-Sekolah Rendah dan Ugama Mukim Tamoi, Jawatankuasa Perundingan Kampong dan penduduk Mukim Tamoi.

Rabu, 02 Juli 2008

GOTONG ROYONG DI MUKIM TAMOI


Pada 30 mei 2008, Majlis Kerja Gotong Royong bagi membaikpulih rumah kediaman Dayang Fatimah binti Rahman yang bertempat di Kampong Tamoi Tengah, Mukim Tamoi yang diungkayahkan bersama oleh Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong, Mukim Tamoi dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara melalui Bahagian Institusi Mukim dan Kampong serta Unit Aduan Hal Ehwal Masyarakat.

Tetamu Kehormat majlis tersebut ialah Yang Mulia Aw
ang Haji Haris bin Othman, Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara dengan mendahului kerja bergotong royong.

Pemilik rumah yang berkenaan merupakan seorang warga emas yang berusia enam puluh tahun dan penduduk asal kam
pong berkenaan yang mempunyai dua belas orang tanggungan serta tidak mempunyai sebarang pendapatan tetap. Beliau hanya menerima pencen umur tua daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Rumah berkenaan mula didiami sejak tahun 1978.

Di atas keprihatinan Pemangku Penghulu Mukim Tamoi iaitu Awang Tarip bin Hj Asgar juga selaku Ketua Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong telah menghadapkan permohonan untuk mendapatkan bantuan keperluan perkakas kayu daripada Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Sikap pem
edulian Jabatan tersebut terhadap penduduk kampong khususnya masyarakat yang memerlukan bantuan melalui Bahagian Institusi Mukim dan Kampong, Unit Hal Ehwal Masyarakat telah mengungkayahkan projek amal bagi membantu penduduk kampong yang dikategorikan daif dengan memberikan bantuan bahan-bahan keperluan kayu bagi membaikpulih rumah yang dimaksudkan.

Jumlah perbelanjaan bagi kerja-kerja pembaikan rumah Dayang Fatimah adalah sebanyak $2,848.00 iaitu $1,848.00 melalui Tabung Amal Jabatan bagi tujuan pembelian perkakas kayu sementara Jabatan Pembangunan Masyarakat menyumbangkan kewangan sebanyak $1,000.00 bagi menampung pembiayaan pembaikan rumah tersebut.


Dalam hal ini, sikap pemedulian, rasa tanggungjawab dan tidak camah-mata setiap pengulu dan ketua kampong terhadap anak buah kampung khususnya penduduk kampong yang memerlukan bantuan dapat diselesaikan dan ditangani.

Di samping itu, ianya dapat mengeratkan silaturahim di antara penduduk kampong dengan agensi-agensi yang terlibat serta Jawatakuasa Perundingan Kampong sama-sama mengungkayahkannya dalam apa jua majlis yang berkebajikan.

Turut hadir di Majlis tersebut ialah Penghulu Mukim Tamoi iaitu Pengarah Haji Mokti bin Salleh, Ketua-ketua Kampong Mukim Tamoi, Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pegawai Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jawatankuasa Perundingan Kampong, sukarelawan Bomba dan Penyelamat Kpg Tamoi dan penduduk kampong Tamoi.

MEMBERSIHKAN KAWASAN KAMPUNG

Jawatankuasa Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong bersama-sama penduduk Kampong memucang-mucang menebang dan mencabut anak-anak pokok “unguh-unguh” yang semakin banyak tumbuh meliar di kawasan persekitaran kampong dan kawasan Sekolah Rendah berkenaan pada 22 Jan 2008.

Pokok-pokok berkenaan telah menghalang laluan kenderaan di air dan pemandangan sekolah tersebut. Anak-anak pokok yang telah dicabut dikumpul dan dibawa ke satu tempat khas pembuangan.

Acara memucang-m
ucang tersebut diketuai oleh ketua Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong iaitu Awang Tarip bin Hj. Asgar.

Tujuan memucang-mucang ini diadakan adalah untuk mencantikkan kawasan kampong, memudahkan kenderaan air melalui sungai dan memudahkan aktiviti menangkap ikan oleh penduduk kampung sebagai salah satu pendapatan penduduk kampong seperti merambat dan membitur ketam.

Turut serta dalam memuncang-muncang tersebut ialah Penghulu Mukim Tamoi iaitu Pengarah Haji Mokti bin Mohd Salleh dan jawatankuasa Perundingan kamp
ong serta para belia kampung.
Ianya merupakan salah satu projek yang telah dirancang dan termasuk di dalam kalender tahunan jawatankuasa berkenaan