Upacara tersebut diadakan di rumah Awg Tarip bin Haji Asgar, Pemangku Penghulu Mukim Tamoi dan selaku Ketua Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong .
Upacara berkenaan dimulakan dengan bacaan Surah Al_Fatihah yang dipimpin oleh Awang Faizal bin Rosli, imam Masjid Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Mukim Tamoi.
Seterusnya ucapan alu-aluan dari Pengerusi upacara tersebut iaitu ketua kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong dan diikuti dengan ucapan dari Awang Rosdin bin Hj Ab
d. Aziz, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat 1, Institusi Penghulu Mukim dan Ketua Kampong, Jabatan Daerah Brunei dan Muara sebagai Tetamu Kehormat di upacara tersebut.
Perarakan masuk membawa bendera Negara Brunei Darussalam yang terdiri dari 14 orang belia dari Mukim Tamoi sejurus selepas ucapan dari tetamu kehormat. Seterusnya tetamu kehormat menyerahkan bende
ra besar kepada 4 orang belia yang ditugaskan untuk menaikkan bendera tersebut.
Semasa bendera kebangsan dinaikan, lagu “Allah Peliharakan Sultan” dan “ Berkibarlah Bendera ' yang dinyanyikan oleh murid-murid Sekolah Rendah Haji Tarif, Brunei I yang dipimpin Cikgu Noorhazlina binti Tarip seramai 20 orang.
Turut hadir diupacara tersebut ialah Penghulu Mukim Tamoi, Pengarah Haji Mukti bin Hj Md Salleh, Ketua-ketua Kampong di bawah Mukim Tamoi, Guru-Guru Besar Sekolah-Sekolah Rendah dan Ugama Mukim Tamoi, Jawatankuasa Perundingan Kampong dan penduduk Mukim Tamoi.


Tidak ada komentar:
Posting Komentar