Tetamu Kehormat majlis tersebut ialah Yang Mulia Aw
ang Haji Haris bin Othman, Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara dengan mendahului kerja bergotong royong.Pemilik rumah yang berkenaan merupakan seorang warga emas yang berusia enam puluh tahun dan penduduk asal kam
Di atas keprihatinan Pemangku Penghulu Mukim Tamoi iaitu Awang Tarip bin Hj Asgar juga selaku Ketua Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong telah menghadapkan permohonan untuk mendapatkan bantuan keperluan perkakas kayu daripada Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
Sikap pem
edulian Jabatan tersebut terhadap penduduk kampong khususnya masyarakat yang memerlukan bantuan melalui Bahagian Institusi Mukim dan Kampong, Unit Hal Ehwal Masyarakat telah mengungkayahkan projek amal bagi membantu penduduk kampong yang dikategorikan daif dengan memberikan bantuan bahan-bahan keperluan kayu bagi membaikpulih rumah yang dimaksudkan.Jumlah perbelanjaan bagi kerja-kerja pembaikan rumah Dayang Fatimah adalah sebanyak $2,848.00 iaitu $1,848.00 melalui Tabung Amal Jabatan bagi tujuan pembelian perkakas kayu sementara Jabatan Pembangunan Masyarakat menyumbangkan kewangan sebanyak $1,000.00 bagi menampung pembiayaan pembaikan rumah tersebut.

Dalam hal ini, sikap pemedulian, rasa tanggungjawab dan tidak camah-mata setiap pengulu dan ketua kampong terhadap anak buah kampung khususnya penduduk kampong yang memerlukan bantuan dapat diselesaikan dan ditangani.
Di samping itu, ianya dapat mengeratkan silaturahim di antara penduduk kampong dengan agensi-agensi yang terlibat serta Jawatakuasa Perundingan Kampong sama-sama mengungkayahkannya dalam apa jua majlis yang berkebajikan.
Turut hadir di Majlis tersebut ialah Penghulu Mukim Tamoi iaitu Pengarah Haji Mokti bin Salleh, Ketua-ketua Kampong Mukim Tamoi, Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pegawai Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jawatankuasa Perundingan Kampong, sukarelawan Bomba dan Penyelamat Kpg Tamoi dan penduduk kampong Tamoi.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar