Sabtu, 05 November 2011

Latihan kebakaran



 Para Belia Mukim Tamoi  yang mengikuti Skim sukarelawan Bomba telah  membuat latihan di mukim berkenaan.  Sebelum Sukarelawan  membuat latihan mereka diberikan penerangan ringkas oleh DSO Azaman bin Haji Ahmad, ABKS 559 Rustam Efandi dari Balai Bomba Laut, Sungai Lampai Operasi "D"
Tujuannya  melatih para belia cara menangani kebakaran rumah sebelum kedatangan Pasukan Bomba dan penyelamat sampai.

Turut menyaksikan latihan tersebut ialah Ketua Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong; Awang Tarip bin Asgar, Majlis Perundingan Kampong dan penduduk kampong.

Selasa, 25 Oktober 2011

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL KESIAPAN BANTUAN

 Yang Mulia  Awang Haji Jamin bin Momin;  Pegawai Daerah Brunei dan Muara bergambar ramai bersama penerima bantuan, penyumbang bantuan, Penghulu Mukim Tamoi dan Ketua Kampong.

 Yang Mulia Awang Haji Jamain bin Momin; Pegawai Daerah Brunei dan Muara menyerahkan  sijil mendiami rumah kepada Dayang Siti Mariam binti Abdullah yang berusia 53 tahun yang bertempat di Kampong Tamoi Tengah.

Ucapan alu-aluan dari Ketua Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong; Awang Tarip bin Haji Asgar.

Turut hadir ialah penyumbang bantuan Awang Stanley Lim Hock Ghim dan Awang Lim Hock kee daripada Syarikat Borneo United Enterprise Shd. Bhd, penghulu Mukim Tamoi; Pengarah Haji Mokti bin Mat Salleh; Pegawai dari Pegawai Daerah Brunei dan Muara dan majlis Perundingan Kampong tamoi Tengah dan Tamoi Ujong.

Minggu, 17 Juli 2011

MPK MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN

Pada hari Ahad ( 17.7.2011) Majlis Perundingan Kampong ( MPK) Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong mengungkayahkan kempen membersihkan Tanah Perkuburan orang-orang Islam di Alangan Besar yang diketuai Oleh Ketua Kampong dan juga sebagai Pengerusi MPK; Awang Tarip bin Haji Asgar
MPK bersama dengan penduduk kampong membaikpulih laluan yang menuju ke tanah Perkuburan Orang-Orang Islam di Alangan Besar.
Di Alangan Besar terdapat kubur yang berusia lebih 100 tahun. Menurut Penghulu Mukim Tamoi; Pengarah Haji Mokti bin Matsalleh, batu nisan tersebut dimiliki oleh Pengiran Badaruddin atau dikenali sebagai wali. Dahulu ramai orang ke kuburan ini untuk memohon atau meminta sesuatu agar dimabkulkan tetapi sekarang tempat ini tidak lagi tempat pemujaan.
selain itu, terdapat beberapa buah batu nisan yang tidak bertanda yang dikatakan berusia lebih 50 tahun.
Belia, kaum ibu dan kanak-kanak ikut serta dalam kempen tersebut.

Kamis, 07 Juli 2011

Majlis Pelancaran Membina Rumah Bantuan

Majlis Pelancaran Membina Rumah Bantuan
Bagi Dyg Siti Mariam Bte Abdullah
Kampong Tamoi Tengah
Majlis Pelancaran di mulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat Oleh
Yang Mulia Awg Haji Mafourteen Bin Haji Mohd Yusof

Kemudian Majlis Pelancaran Membina Rumah Bantuan dimulakan.
Majlis Pelancaran Membina Rumah Bantuan Dilancarkan Oleh
Yang Mulia
Awg Haji Jamain Bin Momin
Pegawai Daerah Brunei Dan Muara
Negara Brunei Darussalam
turut hadir ke majlis ini
Penghulu Mukim Tamoi
Yang Mulia Pengarah Awg Haji Mokti Bin Mat Salleh

Ketua-Ketua Kampong Dibawah Mukim Tamoi dan
MPK Kampong Tamoi Tengah Dan Tamoi Ujong serta
Berberapa Penduduk Kampong Tamoi Tengah Dan Tamoi Ujong

Sabtu, 02 Juli 2011

Majlis Menaikan Bendera Negara Brunei Darusalam Besempena Hari Puja Usia Keputeraan Baginda Sultan Yang Ke 65 Tahun

"Memohon Rahmat Melimpah Ruah~

Raja Berangkat Ke Tamoi Ujong~

Negara Permai Bumi Bertuah~

Raja Berdaulat Turut Disanjung~"

Hasil Karya Anak-anak Ketua Kampong,Tamoi Ujong

Tetamu Kehormat
Yang Mulia Awg Rosdin Bin Haji Abdul Aziz
Pegawai Tugas-Tugas Khas
Bahagian Institusi Penghulu Mukim Dan Ketua Kampung
Daerah Brunei Dan Muara
Negara Brunei Darussalam

Acara Bermula 8.45pagi Dengan Bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran Hari Keputeraan
Oleh Yang Mulia
Awg Mohd Muslihuddin Shah Bin Haji Mustafa
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia

Ucapan Alu-Aluan Daripada Pengerusi Majlis
Yang Mulia
Awg Tarip Bin Haji Asgar
Ketua Kampung Tamoi Tengah Dan Tamoi Ujong
Mukim Tamoi , Negara Brunei Darussalam

Majlis Perarakkan Masuk Membawa Bendera Brunei Darussalam Oleh Belia-Belia MPK Kampung Tamoi

Majlis Penyerahan Bendera Kepada Penghulu kemudian diserahkan kepada tetamu kehormat majlis pada hari tersebut.
Acara Diserikan dan dimeriahkan dengan persembahan lagu-lagu patrotik Negara Brunei Darussalam,
Mendekelamasi Sajak Juga Memberikan Lagi Semangat Warga Penduduk Kampung
Yang Mulia
Awg Anuaruddin Bin Jaffar
Penuntut Sek. Men. Awg Semaun

Sebelum acara bersurai ,, majlis Penyampaian Cenderahati Daripada MPK Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong Kepada Tetamu Kehormot.






Selasa, 28 Juni 2011

PERLANTIKAN MPK 2011-2016

pada 27 Jun 2011, Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong mengadakan majlis pembuburan dan perlantikan MPK bagi sesi 2011 -2016.
majlis tersebut diadakan di rumah Ketua Kampong berkenaan iaitu Awang Tarip bin Haji Asgar dan juga sebagai Pengerusi.
Timbalan Pengerusi : Haji Zahari bin Adis.
Setiausaha: Osman bin Bakir.
Timbalan Setiausaha: Fadhilah bin Haji Serudin.













Penghulu Mukim Tamoi; Pengarah Haji Mokti bin Mat Sallah turut hadir dan berkesudian memberikan ucapan.

Rabu, 02 Februari 2011

Lawatan Kajiselidik

Lawatan Kajiselidik Mahasiwa Dan Mahasiwi Ke Rumah Ketua Kampung Telah mengalu-alukan Pelajar daripada Universiti Brunei Darussalam.
Dk Sisi Aishah Norpemar Bte Pg Haji Abu Bakar
Hawayrah Bte Awg Sulaiman
Sisi Zuriana Bte Md Shah Redzuan
Hjh Siti Amal Nazurah Bte Yusof

Ada pun tujuan mereka membuat lawatan ini bagi mengetahui perkembangan, pembangunan, dan kemajuan yang telah sedia ada serta perancangan yang akan di lakukan pada masa hadapan,
Pihak Ketua Kampung mengucapkan terima kasih diatas kesudian membuat lawatan ke kampung ini,

Sabtu, 29 Januari 2011

PEGAWAI DAERAH BRUNEI DAN MUARA MELANCARKAN RUMAH BANTUAN

Pada hari Jumaat, 28 Jan 2011: Awang Haji Jamain bin Momin; Pegawai Daerah Brunei dan Muara; Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam selaku tetamu kehormat hadir dalam majlis pelancaran membina rumah bantuan bagi Dayang Fatimah binti Awang Putih yang bertempat di Kampong Tamoi Tengah, Mukim Tamoi pada hari ini.

Dayang Fatimah merupakan warga Negara Brunei Darussalam dan seorang balu semenjak beberapa tahun yang lalu. Beliau berusia 49 tahun dan mempunyai 7 orang anak. Beliau tidak mempunyai sebarang pekerjaan yang tetap hanya mengharapkan bantuan daripada agensi-agensi yang berkenaan bagi menampung perbelanjaan seharian beliau sekeluarga.

Sebelum ini, beliau tinggal menumpang di rumah abangnya bertempat di Kampong Sumbiling Lama. Hasil daripada lawatan yang dibuat, jabatan ini mendapati keadaan rumah yang beliau diami tersebut dalam keadaan daif, usang dan mengalami banyak kerosakan serta tidak selamat untuk didiami.

Di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak berkenaan ini khususnya para penyumbang-penyumbang derma yang prihatin dengan kebajikan sosial. Syarikat-syarikat yang terlibat dan NGO’s bermurah hati, prihatin dan dan pemedulian dengan tidak mengira bangsa dan ugama sama-sama berganding bahu memberikan bantuan kepada individu yang memerlukan khususnya mereka yang daif dan benar-benar memerlukan bantuan tempat tinggal yang selesa dan selamat untuk didiami.

Sebanyak 9 buah pihak swasta yang menyumbangkan bantuan untuk membina rumah tersebut iaitu Syarikat Haji Adinin dan Anak-anak, Serumpun Enterprise, DJ Home Video, RMS Port View, Richcode Shd Bhd, Goh Tie, Borneo United Enterprise Sdn Bhd, HSE Engineering Sdn Bhd dan YGK Jewelley Sdn Bhd sementara perbelanjaan bagi penyambungan api elektrik dan pemasangan meter air tanggungan “Tabung Amal” Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Rumah bantuan tersebut adalah jenis bertiang batu yang dianggarkan lebih kurang $27, 000.00, mempunyai 3 bilik tidur, 1 bilik tamu, tandas, bilik mandi dan dapur.

Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Haji Masfourteen bin Haji Yussof; salah seorang Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penghulu Mukim Tamoi; Pengarah Haji Mokti bin Mat Salleh, Ketua Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong; Awang Tarip bin Haji Asgar, ketua-ketua kampong di Mukim Tamoi, para penderma, jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong dan penduduk kampung berkenaan.