Senin, 30 Juni 2008

MPK TAMOI ANJURKAN LATIHAN KEBAKARAN

Jabatan Bomba dan Penyelamat laut, cawangan Operasi “D” dengan kerjasama Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong menganjurkan latihan kebakaran bagi Ahli-Ahli Skim Mencegah Kebakaran Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong yang bertempat di Kampong Tamoi Ujong pada 27 Jun 2008 [ jumaat malam sabtu ]

Seramai 15 orang ahli skim berkenaan terlibat dalam latihan tersebut yang dibahagikan kepada 3 kumpulan. Sebelum latihan tersebut diadakan, ABK 125. Haji Mohammad bin Hj. Putra, Pegawai Jabatan berkenaan telah memberikan taklimat serba sedikit mengenai perkara-perkara yang dilakukan semasa latihan tersebut.

Dengan kecekapan dan kesungguhan ahli-ahli skim melakukan praktikal mengendalikan alat pemadam api dan hos pemadam api, mereka dapat mengawal api kurang daripada 4 minit.

Selepas latihan tersebut ASO, Haji Tassim bin Hj. Mohammad dari Jabatan berkenaan mengadakan post-mortem mengenai kelebihan dan kelemahan dalam latihan yang dilakukan.

Turut hadir menyaksikan latihan mencegah kebakaran tersebut ialah Pemangku Penghulu Mukim Tamoio iaitu Awang Tarip bin Haji Asgar juga selaku Ketua Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong serta Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong.

Tujuan latihan tersebut diadakan untuk memberi kemahiran para ahli skim dalam mengawal kebakaran sebelum datang bantuan. Di samping itu, menggalakan ahli skim melibatkan diri dalam perkara positif demi kesihatan fizikal dan mental.

Minggu, 29 Juni 2008

MPK BERMUZAKARAH

MPK BERMUZAKARAH BAGI MERAKAN SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI BAGNDA SULTAN KE 62 TAHUN

Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong telah mengadakan perjumpaan yang diadakan di rumah Pemangku Penghulu Mukim Tamoi dan juga selaku Ketua Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong iaitu Awang Tarip bin Hj Asgar pada 20 JUN 2008.

Perjumpaan tersebut membincangkan upacara menaikkan bendera besar Negara Brunei Darussalam sempena sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Kali ke 62 tahun bagi Mukim Tamoi yang bertempat di rumah Ketua Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong pada 4 Julai 2008 [JUMAAT].

Perjumpaan tersebut juga telah melantik jawatankuasa kerja bagi menjayakan acara tersebut iaitu 4 orang pembawa bendera besar yang dikelilingi oleh 10 orang sebaga pengring di tepi jambatan kerajaan beserta jawatankuasa kerja yang lain.

Perarakan bendera tersebut bermula dari jeti no 12 menuju ke rumah Ketua Kampong kemudian akan diserahkan kepada tetamu kehormat dalam majlis tersebut. Dalam majlis tersebut melibatkan beberapa orang murid-murid Sekolah Rendah Haji Tarif, Brunei I yang juga anak- anak penduduk kampung untuk menyanyikan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan Lagu Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.

Sabtu, 28 Juni 2008

MPK Tamoi anjurkan walkaton

Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong, Mukim Tamoi telah menganjurkan walkaton senam sihat pada 9 Mac 2008 [ ahad] bagi penduduk mukim berkenaan.

Tetemu kehormat dalam acara tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Haji Haris Bin Othman


Acara tersebut diadakan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke 24 tahun di kawasan lapang belakang bangunan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan [ KPUSB].

Senamrobik yang dipimpin oleh Awang Shah Johan bin Haji Shari, pelatih dari Jabatan Kebajikan, Belia dan Sukan dan juga salah seorang penduduk kampong berkenaan.



Peserta lelaki berjalan sejauh empat kilometer sementara peserta perempuan pila sejauh tiga kilometer.

Walkaton tersebut merupakan salah satu projek tahunan majlis perundingan kampong berkenaan bagi menggalakan tunas bangsa terlibat dengan perkara demi kesihatan fizikal dan mental.