Senin, 30 Juni 2008

MPK TAMOI ANJURKAN LATIHAN KEBAKARAN

Jabatan Bomba dan Penyelamat laut, cawangan Operasi “D” dengan kerjasama Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong menganjurkan latihan kebakaran bagi Ahli-Ahli Skim Mencegah Kebakaran Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong yang bertempat di Kampong Tamoi Ujong pada 27 Jun 2008 [ jumaat malam sabtu ]

Seramai 15 orang ahli skim berkenaan terlibat dalam latihan tersebut yang dibahagikan kepada 3 kumpulan. Sebelum latihan tersebut diadakan, ABK 125. Haji Mohammad bin Hj. Putra, Pegawai Jabatan berkenaan telah memberikan taklimat serba sedikit mengenai perkara-perkara yang dilakukan semasa latihan tersebut.

Dengan kecekapan dan kesungguhan ahli-ahli skim melakukan praktikal mengendalikan alat pemadam api dan hos pemadam api, mereka dapat mengawal api kurang daripada 4 minit.

Selepas latihan tersebut ASO, Haji Tassim bin Hj. Mohammad dari Jabatan berkenaan mengadakan post-mortem mengenai kelebihan dan kelemahan dalam latihan yang dilakukan.

Turut hadir menyaksikan latihan mencegah kebakaran tersebut ialah Pemangku Penghulu Mukim Tamoio iaitu Awang Tarip bin Haji Asgar juga selaku Ketua Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong serta Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong.

Tujuan latihan tersebut diadakan untuk memberi kemahiran para ahli skim dalam mengawal kebakaran sebelum datang bantuan. Di samping itu, menggalakan ahli skim melibatkan diri dalam perkara positif demi kesihatan fizikal dan mental.

Tidak ada komentar: