Selasa, 28 Juni 2011

PERLANTIKAN MPK 2011-2016

pada 27 Jun 2011, Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong mengadakan majlis pembuburan dan perlantikan MPK bagi sesi 2011 -2016.
majlis tersebut diadakan di rumah Ketua Kampong berkenaan iaitu Awang Tarip bin Haji Asgar dan juga sebagai Pengerusi.
Timbalan Pengerusi : Haji Zahari bin Adis.
Setiausaha: Osman bin Bakir.
Timbalan Setiausaha: Fadhilah bin Haji Serudin.













Penghulu Mukim Tamoi; Pengarah Haji Mokti bin Mat Sallah turut hadir dan berkesudian memberikan ucapan.

Rabu, 02 Februari 2011

Lawatan Kajiselidik

Lawatan Kajiselidik Mahasiwa Dan Mahasiwi Ke Rumah Ketua Kampung Telah mengalu-alukan Pelajar daripada Universiti Brunei Darussalam.
Dk Sisi Aishah Norpemar Bte Pg Haji Abu Bakar
Hawayrah Bte Awg Sulaiman
Sisi Zuriana Bte Md Shah Redzuan
Hjh Siti Amal Nazurah Bte Yusof

Ada pun tujuan mereka membuat lawatan ini bagi mengetahui perkembangan, pembangunan, dan kemajuan yang telah sedia ada serta perancangan yang akan di lakukan pada masa hadapan,
Pihak Ketua Kampung mengucapkan terima kasih diatas kesudian membuat lawatan ke kampung ini,

Sabtu, 29 Januari 2011

PEGAWAI DAERAH BRUNEI DAN MUARA MELANCARKAN RUMAH BANTUAN

Pada hari Jumaat, 28 Jan 2011: Awang Haji Jamain bin Momin; Pegawai Daerah Brunei dan Muara; Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam selaku tetamu kehormat hadir dalam majlis pelancaran membina rumah bantuan bagi Dayang Fatimah binti Awang Putih yang bertempat di Kampong Tamoi Tengah, Mukim Tamoi pada hari ini.

Dayang Fatimah merupakan warga Negara Brunei Darussalam dan seorang balu semenjak beberapa tahun yang lalu. Beliau berusia 49 tahun dan mempunyai 7 orang anak. Beliau tidak mempunyai sebarang pekerjaan yang tetap hanya mengharapkan bantuan daripada agensi-agensi yang berkenaan bagi menampung perbelanjaan seharian beliau sekeluarga.

Sebelum ini, beliau tinggal menumpang di rumah abangnya bertempat di Kampong Sumbiling Lama. Hasil daripada lawatan yang dibuat, jabatan ini mendapati keadaan rumah yang beliau diami tersebut dalam keadaan daif, usang dan mengalami banyak kerosakan serta tidak selamat untuk didiami.

Di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak berkenaan ini khususnya para penyumbang-penyumbang derma yang prihatin dengan kebajikan sosial. Syarikat-syarikat yang terlibat dan NGO’s bermurah hati, prihatin dan dan pemedulian dengan tidak mengira bangsa dan ugama sama-sama berganding bahu memberikan bantuan kepada individu yang memerlukan khususnya mereka yang daif dan benar-benar memerlukan bantuan tempat tinggal yang selesa dan selamat untuk didiami.

Sebanyak 9 buah pihak swasta yang menyumbangkan bantuan untuk membina rumah tersebut iaitu Syarikat Haji Adinin dan Anak-anak, Serumpun Enterprise, DJ Home Video, RMS Port View, Richcode Shd Bhd, Goh Tie, Borneo United Enterprise Sdn Bhd, HSE Engineering Sdn Bhd dan YGK Jewelley Sdn Bhd sementara perbelanjaan bagi penyambungan api elektrik dan pemasangan meter air tanggungan “Tabung Amal” Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Rumah bantuan tersebut adalah jenis bertiang batu yang dianggarkan lebih kurang $27, 000.00, mempunyai 3 bilik tidur, 1 bilik tamu, tandas, bilik mandi dan dapur.

Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Haji Masfourteen bin Haji Yussof; salah seorang Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penghulu Mukim Tamoi; Pengarah Haji Mokti bin Mat Salleh, Ketua Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong; Awang Tarip bin Haji Asgar, ketua-ketua kampong di Mukim Tamoi, para penderma, jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong dan penduduk kampung berkenaan.


Sabtu, 18 September 2010

LAWATAN KERJA : PEGAWAI DAERAH BRUNEI DAN MUARA

Ikut serta dalam lawatan tersebut ialah Ketua Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong; Awang Tarip bin Haji Asgar, Ketua Kampong Pengiran Tajudin Hitam dan Pengiran Kerma Indera Lama; Awang Haji Momin bin Haji Bini dan beberapa orang pegawai dari Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Senin, 13 September 2010

KETUA KAMPONG TAMOI BERKUNJUNG TEMAN SEJAWAT

Ketua Kampong Tamoi Tengah dan Tamoi ujong berkunjung ke rumah Ketua Kampong Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong, Mukim Serasa iaitu Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman.

Minggu, 12 September 2010

BERAYA DI RUMAH PEGAWAI DAERAH BRUNEI DAN MUARA

Brunei and Muara District Officer; Awang Haji Jamain bin Momin and his wife; Dr. Hjh Jamilah binti Hj Yussof hold 'Open Day' at his residence in Kampong Serasa.

Jumat, 10 September 2010

suasana HARI RAYA PERTAMA

suasana Hari Raya di Rumah KETUA KAMPONG:

AWANG TARIF BIN HAJI ASGAR

KAMPONG TAMOI TENGAH DAN TAMOI UJONG